Isnin, 7 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Awal pagi raya, saya dan keluarga telah bertolak ke Seremban untuk berhari raya bersama ibu mertua dan keluarga suami. Seawal 8: 20 pagi kami telah selamat tiba di rumah Kak Mah di Taman Jujur , Seremban. Ibu Mertua, Kak Som, Kak Mah dan anak-anak buah saya sedang sibuk membuat persiapan untuk menyediakan laksa, bihun sup, bubur kacang, pulut kuning dan lain-lain lagi untuk juadah tengah hari nanti. Selepas Zohor, Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh abang Zaki. Jiran-jiran yang telah dijemput juga hadir dan menikmati juadah yang disediakan. Ketika sedang berehat sambil menonton televisyen, saya teringat untuk bertanya kepada anak-anak buah jika ada antara mereka yang mahir dalam ilmu berkaitan blog. Saya bernasib baik kerana Nurul, anak buah saya ada sedikit kemahiran berkaitan blog. Saya yang kebetulan tidak membawa laptop segera meminjam laptop daripada Yan yang juga anak buah saya. Dengan bantuan Nurul, saya belajar lagi sedikit demi sedikit ilmu berkaitan blog ini. Pada saya, biar sikit tidak mengapa. apa yang penting saya tetap dapat ilmu dan boleh membuat sendiri blog ini walaupun tidak secanggih mana. Terima kasih Nurul!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan