Rabu, 7 Disember 2011

Latih Tubi : Purata ( average )

Sudahkah anda mencuba latihan yang diberi?


  Jika sudah...anda boleh semak jawapan anda.





Jawapan Latih Tubi Purata (5 Disember 2011)

1)  29       
2) 30
3) 32
4) 39
5) 38
6) 37                                                 

Isnin, 5 Disember 2011

Ulangkaji : Tajuk Purata( Average)

Bermula 5 Disember  hingga 15 Disember 2011,SK Ampang Pecah mengadakan kelas tambahan  khusus untuk murid-murid Tahun 5 yang akan mengambil peperiksaan UPSR 2012. Kelas tambahan ini bertujuan untuk mengisi waktu cuti murid dengan perkara-perkara yang berfaedah. Apa yang lebih penting...murid-murid membuat persediaan awal  dari segi mental untuk melangkah ke tahun 6 tidak lama lagi.

  Sempena cuti sekolah ini ....rajin-rajinlah membuat  ulangkaji dengan menjawab soalan-soalan berikut:


Cari purata bagi:

1)  3 , 18 dan  66                           2)   4 , 19 dan  67                   3)   6 ,  18 dan 72          





4)  11 , 29 dan  77                         5)   13 , 32 dan  69                  6)   8 , 29 dan  74 




** Jangan lupa formula mencari purata ya!


Purata =   Jumlah kuantiti
                Bilangan Kuantiti

Ahad, 27 November 2011

Pautan blog-blog Matematik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di sini saya pautkan juga blog-blog cikgu Matematik yang lain untuk memudahkan perkongsian ilmu Matematik.

Diharapkan dengan pautan pelbagai blog Matematik ini akan memberi ilmu baru dan manfaat yang berguna kepada semua yang melayari blog-blog ini.

Selasa, 22 November 2011

Belajar daripada Kesilapan.

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Hari ini saya ingin berbicara tentang perlunya kita belajar daripada kesilapan.Biasalah jika kita melakukan kesilapan sewaktu menulis, mengira , menulis semula jawapan dan lain-lain lagi kesilapan sewaktu menjawab soalan-soalan Matematik. Kesilapan berlaku kerana pelbagai sebab antaranya:
i ) tidak membaca soalan dengan teliti,
ii ) tidak menyemak semula nombor, pengiraan dan jawapan yang telah dibuat,
iii) tidak ingat formula.

Bagi tajuk Purata, kesilapan yang seringkali murid lakukan adalah:

murid hanya mencari hasil tambah tetapi terlupa untuk membahagikan jumlah kuantiti yang diperolehi dengan bilangan kuantiti.

Oleh itu...jika murid-murid pernah terlupa dan tidak menulis langkah yang kedua sewaktu peperiksaan yang lepas.... jadikanlah ia sebagai pengajaran!

Ingat Kesilapan tersebut.Murid-murid perlu berazam untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.

Insyaallah..jika murid-murid selalu belajar dan memperbaiki kesilapan yang pernah murid-murid lakukan...tidak mustahi murid-murid juga boleh.... BERJAYA DENGAN CEMERLANG!!

Jumaat, 18 November 2011

Pantun Matematik

Tajuk : Purata

Hati-hati menyeberang titi,
Bawa bersama sarang tempua,
Jumlah dibahagi bilangan kuantiti,
Purata adil untuk semua.

Seronok mandi di perigi tujuh,
Bekal dibawa bersama ketupat,
Jika dua, tiga dan tujuh,
Puratanya pula ialah empat.

Sihatkan diri, pergi bersenam,
Berlari anak sepanjang jalan,
Purata bagi dua belas dan enam,
Tak lain tak bukan tentulah sembilan.

Rasa berdebar tidak terkata,
UPSR tiba,gundahnya hati,
Jangan kau lupa formula purata,
Jumlah dibahagi bilangan kuantiti.

Isnin, 7 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Awal pagi raya, saya dan keluarga telah bertolak ke Seremban untuk berhari raya bersama ibu mertua dan keluarga suami. Seawal 8: 20 pagi kami telah selamat tiba di rumah Kak Mah di Taman Jujur , Seremban. Ibu Mertua, Kak Som, Kak Mah dan anak-anak buah saya sedang sibuk membuat persiapan untuk menyediakan laksa, bihun sup, bubur kacang, pulut kuning dan lain-lain lagi untuk juadah tengah hari nanti. Selepas Zohor, Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh abang Zaki. Jiran-jiran yang telah dijemput juga hadir dan menikmati juadah yang disediakan. Ketika sedang berehat sambil menonton televisyen, saya teringat untuk bertanya kepada anak-anak buah jika ada antara mereka yang mahir dalam ilmu berkaitan blog. Saya bernasib baik kerana Nurul, anak buah saya ada sedikit kemahiran berkaitan blog. Saya yang kebetulan tidak membawa laptop segera meminjam laptop daripada Yan yang juga anak buah saya. Dengan bantuan Nurul, saya belajar lagi sedikit demi sedikit ilmu berkaitan blog ini. Pada saya, biar sikit tidak mengapa. apa yang penting saya tetap dapat ilmu dan boleh membuat sendiri blog ini walaupun tidak secanggih mana. Terima kasih Nurul!

Isnin, 31 Oktober 2011

Matematik Susah ke?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Dalam kehidupan seharian,Matematik sentiasa ada bersama kita.Kita boleh menyatakan hari dan tarikh berdasarkan kalendar, masa dan tempoh masa berdasarkan jam, berbelanja dengan wang, melihat pelbagai bongkah dan macam-macam lagi.

Tapi kenapa murid masih beranggapan ianya susah? Sebenarnya Matematik tidaklah susah.Ia menjadi susah kerana kita anggap ia susah dan tidak mahu mencuba dengan alasan 'tidak tahu'.

Saya masih teringat suatu masa dahulu.....saya amat seronok bila murid terjerit mengatakan 'yes!' apabila mereka berjaya menjawab soalan yang pada mulanya mereka fikirkan ia susah. Apabila mereka berjaya menunjukkan pengiraan dengan betul, mereka berasa amat gembira, puas dan lebih bersemangat untuk mencuba soalan-soalan yang berikutnya.Secara tidak langsung, minat terhadap Matematik telah berputik dalam diri mereka.

Selain latih tubi, kita juga perlu rajin bertanya kepada orang yang lebih pandai.Dalam Matematik, kita haruslah rajin membuat pembetulan semula bagi soalan-soalan yang telah salah dijawab.Jika kita betulkan kesilapan-kesilapan yang selalu kita lakukan dalam Matematik....lama kelamaan kita akan berjaya menguasai kemahiran-kemahiran dalam Matematik. Apa yang penting....'Belajar daripada kesilapan'.

Ahad, 16 Oktober 2011

Power Point

Belajar Matematik

Presentation Average

Saya Budak Baru Belajar....

Masih mencari-cari dan sedang menggali ilmu berkaitan blog ini.

Blog Kedua

Sebenarnya ini adalah cubaan blog yang kedua. Apa yang penting, mana yang lebih baik akan dihantar sebagai assignment yang akan disemak oleh pensyarah.

Universiti Pendidikan Sultan Idris

            Universiti Pendidikan Sultan Idris  di Tanjung Malim sering kali aku lalui sewaktu perjalananku dari Kuala Kubu Bharu ke Felda Gedangsa. Kini....Aku tidak hanya sekadar lalu  kerana aku kini adalah pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang belajar secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).
            Pelbagai ilmu baru kuterima di sini dan insyaalah akan kugunakan sebaik mungkin ilmu  yang aku pelajari demi anak-anak didikku. Blog ini adalah antara hasil kerja yang perlu aku lakukan dalam semester ini. Walaupun masih bertatih...aku tetap bangga kerana aku sendiri yang berusaha menghasilkan blog ini dengan bimbingan tutor dan rakan-rakan yang tidak lokek berkongsi ilmu.
            Terima kasih kuucapkan kepada rakan-rakan yang sentiasa membakar semangat agar terus berjuang dan berusaha untuk menggenggam segulung ijazah. Terima kasih juga kepada suami dan anak-anak yang memahami kesibukanku dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar.