Isnin, 31 Oktober 2011

Matematik Susah ke?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Dalam kehidupan seharian,Matematik sentiasa ada bersama kita.Kita boleh menyatakan hari dan tarikh berdasarkan kalendar, masa dan tempoh masa berdasarkan jam, berbelanja dengan wang, melihat pelbagai bongkah dan macam-macam lagi.

Tapi kenapa murid masih beranggapan ianya susah? Sebenarnya Matematik tidaklah susah.Ia menjadi susah kerana kita anggap ia susah dan tidak mahu mencuba dengan alasan 'tidak tahu'.

Saya masih teringat suatu masa dahulu.....saya amat seronok bila murid terjerit mengatakan 'yes!' apabila mereka berjaya menjawab soalan yang pada mulanya mereka fikirkan ia susah. Apabila mereka berjaya menunjukkan pengiraan dengan betul, mereka berasa amat gembira, puas dan lebih bersemangat untuk mencuba soalan-soalan yang berikutnya.Secara tidak langsung, minat terhadap Matematik telah berputik dalam diri mereka.

Selain latih tubi, kita juga perlu rajin bertanya kepada orang yang lebih pandai.Dalam Matematik, kita haruslah rajin membuat pembetulan semula bagi soalan-soalan yang telah salah dijawab.Jika kita betulkan kesilapan-kesilapan yang selalu kita lakukan dalam Matematik....lama kelamaan kita akan berjaya menguasai kemahiran-kemahiran dalam Matematik. Apa yang penting....'Belajar daripada kesilapan'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan