Ahad, 27 November 2011

Pautan blog-blog Matematik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Di sini saya pautkan juga blog-blog cikgu Matematik yang lain untuk memudahkan perkongsian ilmu Matematik.

Diharapkan dengan pautan pelbagai blog Matematik ini akan memberi ilmu baru dan manfaat yang berguna kepada semua yang melayari blog-blog ini.

Selasa, 22 November 2011

Belajar daripada Kesilapan.

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Hari ini saya ingin berbicara tentang perlunya kita belajar daripada kesilapan.Biasalah jika kita melakukan kesilapan sewaktu menulis, mengira , menulis semula jawapan dan lain-lain lagi kesilapan sewaktu menjawab soalan-soalan Matematik. Kesilapan berlaku kerana pelbagai sebab antaranya:
i ) tidak membaca soalan dengan teliti,
ii ) tidak menyemak semula nombor, pengiraan dan jawapan yang telah dibuat,
iii) tidak ingat formula.

Bagi tajuk Purata, kesilapan yang seringkali murid lakukan adalah:

murid hanya mencari hasil tambah tetapi terlupa untuk membahagikan jumlah kuantiti yang diperolehi dengan bilangan kuantiti.

Oleh itu...jika murid-murid pernah terlupa dan tidak menulis langkah yang kedua sewaktu peperiksaan yang lepas.... jadikanlah ia sebagai pengajaran!

Ingat Kesilapan tersebut.Murid-murid perlu berazam untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.

Insyaallah..jika murid-murid selalu belajar dan memperbaiki kesilapan yang pernah murid-murid lakukan...tidak mustahi murid-murid juga boleh.... BERJAYA DENGAN CEMERLANG!!

Jumaat, 18 November 2011

Pantun Matematik

Tajuk : Purata

Hati-hati menyeberang titi,
Bawa bersama sarang tempua,
Jumlah dibahagi bilangan kuantiti,
Purata adil untuk semua.

Seronok mandi di perigi tujuh,
Bekal dibawa bersama ketupat,
Jika dua, tiga dan tujuh,
Puratanya pula ialah empat.

Sihatkan diri, pergi bersenam,
Berlari anak sepanjang jalan,
Purata bagi dua belas dan enam,
Tak lain tak bukan tentulah sembilan.

Rasa berdebar tidak terkata,
UPSR tiba,gundahnya hati,
Jangan kau lupa formula purata,
Jumlah dibahagi bilangan kuantiti.

Isnin, 7 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Awal pagi raya, saya dan keluarga telah bertolak ke Seremban untuk berhari raya bersama ibu mertua dan keluarga suami. Seawal 8: 20 pagi kami telah selamat tiba di rumah Kak Mah di Taman Jujur , Seremban. Ibu Mertua, Kak Som, Kak Mah dan anak-anak buah saya sedang sibuk membuat persiapan untuk menyediakan laksa, bihun sup, bubur kacang, pulut kuning dan lain-lain lagi untuk juadah tengah hari nanti. Selepas Zohor, Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh abang Zaki. Jiran-jiran yang telah dijemput juga hadir dan menikmati juadah yang disediakan. Ketika sedang berehat sambil menonton televisyen, saya teringat untuk bertanya kepada anak-anak buah jika ada antara mereka yang mahir dalam ilmu berkaitan blog. Saya bernasib baik kerana Nurul, anak buah saya ada sedikit kemahiran berkaitan blog. Saya yang kebetulan tidak membawa laptop segera meminjam laptop daripada Yan yang juga anak buah saya. Dengan bantuan Nurul, saya belajar lagi sedikit demi sedikit ilmu berkaitan blog ini. Pada saya, biar sikit tidak mengapa. apa yang penting saya tetap dapat ilmu dan boleh membuat sendiri blog ini walaupun tidak secanggih mana. Terima kasih Nurul!