Jumaat, 18 November 2011

Pantun Matematik

Tajuk : Purata

Hati-hati menyeberang titi,
Bawa bersama sarang tempua,
Jumlah dibahagi bilangan kuantiti,
Purata adil untuk semua.

Seronok mandi di perigi tujuh,
Bekal dibawa bersama ketupat,
Jika dua, tiga dan tujuh,
Puratanya pula ialah empat.

Sihatkan diri, pergi bersenam,
Berlari anak sepanjang jalan,
Purata bagi dua belas dan enam,
Tak lain tak bukan tentulah sembilan.

Rasa berdebar tidak terkata,
UPSR tiba,gundahnya hati,
Jangan kau lupa formula purata,
Jumlah dibahagi bilangan kuantiti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan