Sabtu, 25 Februari 2012

Semester 3 telah bermula

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Setelah sekian lama menyepi, baru  kini berkesempatan untuk menulis semula di laman blog ini. Semester 3 pengajian baru bermula. Buat masa ini beberapa unit  modul telah mula diberi oleh pensyarah. Senarai assignment juga sudah mula memeningkan kepala. Bukan apa...keliru..yang mana satu dulu nak dimulakan. Apa-apapun, semoga semester ini ..saya dan rakan-rakan yang lain berjaya memperoleh pencapaian yang lebih baik lagi.

Semalam, saya dan rakan-rakan baru sahaja mengetahui keputusan peperiksaan kami bagi semester 2. Alhamdulillah..pencapaian yang memberangsangkan. Tak sangka berjaya melepasi target yang saya sasarkan. Mungkin itulah hadiah buat saya kerana tatkala orang lain sibuk mengulangkaji pada bulan Disember 2011 dan Januari 2012..saya pula menguruskan abah yang sakit. Menjelang hari peperiksaan, saya berharap..umur abah masih panjang . Pelbagai kemungkinan saya fikirkan jika berlaku apa-apa kepada abah..maklumlah kami sekeluarga sudah nampak pelbagai tanda yang membayangkan umurnya tidak akan panjang. Masih saya teringat, setelah tamat ujian pada hari Ahad ( 14 Januari 2012) , saya tidur awal pada malam itu kerana keletihan. Lebih kurang pukul 4 pagi keesokannya, abang saya mengejutkan saya untuk melihat keadaan abah. Pada ketika itu...abah meminta saya menelefon semua adik beradik dan minta mereka datang ke rumah saya kerana katanya ..abah dah nak balik.Abah balik kali ni dah tak balik dah. Walau bagaimanapun  keadaannya semakin baik menjelang tengahari.Pada hari tersebut, saya dan adik beradik lain terpaksa mengambil mc. Akhirnya kami terpaksa pujuk abah untuk ke hospital Sg. Buloh bagi mendapat rawatan pakar.

Petang itu, kami rujuk abah ke wad kecemasan di Hospital Sg. Buloh. Dari jam 5 petang hingga lebih kurang 12 malam..abah diperiksa di wad kecemasan. Jam 12 lebih barulah abah dimasukkan ke wad 5C. Malam itu, abah ditemani oleh kakak. Kami yang lain pula balik semula ke Kuala Kubu Bharu dan sampai ke rumah lebih kurang jam 3 pagi. Menjelang pukul 6 pagi ,saya mula bersiap pula untuk ke sekolah.

Pada hari Selasa, sewaktu saya melawat abah....abah berkali-kali meminta saya bawa dia balik. Ingatannya sekejap ok sekejap lagi lupa. Katanya dia nak balik kat rumah yang semalam tu...(rumah saya la tu). Saya terpaksa pujuk abah supaya bertahan dan terus mendapatkan rawatan. Malam itu , doktor yang merawat memberitahu yang abaha perlu dipindahkan ke Hospital Serdang kerana doktor di sana lebih pakar dalam bidang saraf. Melihatkan keadaan abah yang beria-ia nak balik, saya dan adik beradik yang lain terpaksa berbincang. Kami faham risiko yang akan dihadapi. Tetapi..kami juga terpaksa menghormati permintaan abah.Pada petang rabu 18 Januari... kami minta untuk keluarkan abah  dari hospital.  Petang itu, dia dibawa  pulang semula ke rumah saya( anak bongsunya).

Akhirnya....sewaktu cuti Tahun Baru Cina iaitu pada 23 Januari 2012 jam 10.10 pagi....abah kembali ke rahmatullah. Seperti mana yang pernah abah pesan....kami segera menguruskan jenazah untuk dibawa ke kampung saya di Felda Gedangsa untuk diurus dan dikebumikan di sana. Selepas asar..jenazahnya selamat dikebumikan.

 Mudah-mudahan roh abah bersemadi dengan tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.