Isnin, 31 Oktober 2011

Matematik Susah ke?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Dalam kehidupan seharian,Matematik sentiasa ada bersama kita.Kita boleh menyatakan hari dan tarikh berdasarkan kalendar, masa dan tempoh masa berdasarkan jam, berbelanja dengan wang, melihat pelbagai bongkah dan macam-macam lagi.

Tapi kenapa murid masih beranggapan ianya susah? Sebenarnya Matematik tidaklah susah.Ia menjadi susah kerana kita anggap ia susah dan tidak mahu mencuba dengan alasan 'tidak tahu'.

Saya masih teringat suatu masa dahulu.....saya amat seronok bila murid terjerit mengatakan 'yes!' apabila mereka berjaya menjawab soalan yang pada mulanya mereka fikirkan ia susah. Apabila mereka berjaya menunjukkan pengiraan dengan betul, mereka berasa amat gembira, puas dan lebih bersemangat untuk mencuba soalan-soalan yang berikutnya.Secara tidak langsung, minat terhadap Matematik telah berputik dalam diri mereka.

Selain latih tubi, kita juga perlu rajin bertanya kepada orang yang lebih pandai.Dalam Matematik, kita haruslah rajin membuat pembetulan semula bagi soalan-soalan yang telah salah dijawab.Jika kita betulkan kesilapan-kesilapan yang selalu kita lakukan dalam Matematik....lama kelamaan kita akan berjaya menguasai kemahiran-kemahiran dalam Matematik. Apa yang penting....'Belajar daripada kesilapan'.

Ahad, 16 Oktober 2011

Power Point

Belajar Matematik

Presentation Average

Saya Budak Baru Belajar....

Masih mencari-cari dan sedang menggali ilmu berkaitan blog ini.

Blog Kedua

Sebenarnya ini adalah cubaan blog yang kedua. Apa yang penting, mana yang lebih baik akan dihantar sebagai assignment yang akan disemak oleh pensyarah.

Universiti Pendidikan Sultan Idris

            Universiti Pendidikan Sultan Idris  di Tanjung Malim sering kali aku lalui sewaktu perjalananku dari Kuala Kubu Bharu ke Felda Gedangsa. Kini....Aku tidak hanya sekadar lalu  kerana aku kini adalah pelajar Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang belajar secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).
            Pelbagai ilmu baru kuterima di sini dan insyaalah akan kugunakan sebaik mungkin ilmu  yang aku pelajari demi anak-anak didikku. Blog ini adalah antara hasil kerja yang perlu aku lakukan dalam semester ini. Walaupun masih bertatih...aku tetap bangga kerana aku sendiri yang berusaha menghasilkan blog ini dengan bimbingan tutor dan rakan-rakan yang tidak lokek berkongsi ilmu.
            Terima kasih kuucapkan kepada rakan-rakan yang sentiasa membakar semangat agar terus berjuang dan berusaha untuk menggenggam segulung ijazah. Terima kasih juga kepada suami dan anak-anak yang memahami kesibukanku dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar.